Rahm juara LIV Hong Kong

Rahm juara LIV Hong Kong

Hong Kong: Pemain Sepanyol, Jon Rahm mengakui berasa lega selepas menjuarai kejohanan LIV Golf di Hong Kong dengan kelebihan tiga pukulan, hari ini.

Rahm mencatat pusingan akhir 64 pukulan untuk menamatkan kejohanan dengan keseluruhan 23 bawah par di Hong Kong Golf Club.

Kemenangan itu adalah yang pertama buat pemain berusia 31 tahun itu sejak kejayaan di kejohanan LIV Golf Chicago pada 2024 selepas empat kali sekadar muncul naib juara dalam saingan jelajah berkenaan.

“Saya sangat lega dan gembira dapat menikmati perjalanan lubang ke-18,” kata juara dua kejohanan utama itu.

Rahm mencatat lapan birdie dan dua bogey pada pusingan terakhir untuk memastikan kemenangan ketiganya dalam saingan LIV Golf.

Pemain Belgium, Thomas Detry menamatkan kejohanan di tempat kedua.

Detry hanya dapat menyertai kejohanan itu selepas Rahm menyediakan jet peribadi untuk membawa beberapa pemain LIV Golf dari Timur Tengah ke Hong Kong.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top