Raja Eropah gagal layak ke Qatar 2022

Raja Eropah gagal layak ke Qatar 2022

ITALI yang mengecewakan England pada perlawanan akhir Euro 2020 bagi bergelar juara Eropah Julai lalu, buat kali kedua berturut-turut gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia.

Jaringan minit ke-93′ bintang sensasi Al-Fayha FC, Aleksandar Trajkovski sudah cukup membolehkan Macedonia Utara menyingkirkan juara Euro 2020 itu dengan kemenangan 1-0 dalam aksi playoff Piala Dunia Qatar 2022 di Stadio Renzo Barbera, Palermo awal pagi Jumaat.

Kegagalan mencipta kemenangan itu menyaksikan The Azzurri juara empat kali Piala Dunia kali terakhir edisi 2006, gagal melakukan penampilan ke pusingan akhir temasya sukan bola sepak dunia berkenaan sejak 2014.

“Sukar untuk mengatakan sesuatu sekarang, saya tidak tahu apa yang harus katakan…

“Saya jurulatih, saya orang pertama yang bertanggungjawab bukan para pemain kerana mereka memiliki masa depan yang hebat, mereka adalah pemain yang berjiwa kental untuk masa depan pasukan kebangsaan.

“Dan sejujurnya kami tidak layak menerima kekalahan ini.” kata pengendali Itali, Roberto Mancini.

Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022

Playoff Zon Eropah

Wales 2-1 Austria

Sweden 1-0 Republik Czech

Itali 0-1 Macedonia Utara

Portugal 3-1 Turki