New York: Nadine Menendez, isteri kepada bekas Senator Amerika Syarikat (AS) Bob Menendez, dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun pada Khamis kerana terbabit dalam skandal rasuah antarabangsa, lapor Xinhua.
Menurut Pejabat Peguam Negara AS bagi Daerah Selatan New York, Nadine Menendez disabitkan pada April atas kesalahan menerima rasuah bernilai ratusan ribu dolar sebagai pertukaran bagi suaminya, bekas Senator Bob Menendez, menggunakan pengaruh politik untuk memberi manfaat kepada pegawai Mesir dan ahli perniagaan di New Jersey.
Beliau didapati bersalah atas semua 15 pertuduhan termasuk rasuah dan penipuan, tambahnya.
Bob Menendez, yang pernah berkhidmat sebagai Senator AS dari New Jersey selama 18 tahun setengah dan mempengerusikan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, kini sedang menjalani hukuman penjara 11 tahun kerana menerima rasuah, pemerasan, serta bertindak sebagai ejen kerajaan Mesir.
© New Straits Times Press (M) Bhd




