Trending
Keputusan rayuan akhir Da’i Syed terhadap hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bakal diketahui hari ini di Mahkamah Rayuan.
Intipati berita
- Rayuan akhir Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan akan diputuskan Mahkamah Rayuan hari ini.
- Tiba di mahkamah bersama isteri, Hana Ismail, pada jam 8.55 pagi dengan memakai jubah putih.
- Rayuan didengar panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah bersama dua hakim lain.
- Kes bermula sejak 2019 melibatkan dakwaan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City. Da’i Syed pernah dibebaskan pada 2023 sebelum Mahkamah Tinggi mengarahkan beliau membela diri.
Keputusan rayuan akhir pendakwah selebriti, Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas kesalahan merogol bakal diketahui hari ini apabila Mahkamah Rayuan bersidang.
Menurut laporan Harian Metro, rayuan itu merupakan usaha terakhir Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, untuk membatalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Da’i Syed tiba di mahkamah bersama isteri

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah dijadualkan mendengar rayuan berkenaan bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.
Syed Shah Iqmal yang memakai jubah berwarna putih tiba di mahkamah pada jam 8.55 pagi dengan ditemani isterinya, Hana Ismail.
Pernah dibebaskan sebelum mahkamah tinggi arah bela diri

Untuk rekod, Da’i Syed mengaku tidak bersalah pada 10 Disember 2020 atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun ketika itu.
Kesalahan tersebut didakwa berlaku di sebuah bilik kondominium di I-City, Seksyen 7, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepaskan dan membebaskan Da’i Syed selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengarahkan beliau membela diri atas pertuduhan berkenaan.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.




