Remaja hilang di Kuala Krai ditemukan selamat di Bachok

Remaja hilang di Kuala Krai ditemukan selamat di Bachok

am@hmetro.com.my

Kuala Krai: Selepas lebih 32 jam dilaporkan hilang, remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar dari rumah neneknya di Kampung Lata Rek, Laloh di sini, awal pagi Jumaat lalu, ditemukan selamat oleh orang awam di Bachok, malam tadi.

Alisa Safika Noor Azmi dihantar oleh orang awam ke Balai Polis Tawang pada jam 10.30 malam.

Tindakan berkenaan diambil selepas orang awam membaca laporan media yang disiarkan mengenai kehilangan gadis berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Mazlan Mamat mengeluarkan kenyataan memohon bantuan orang ramai bagi mengesan remaja terbabit.

Katanya, gadis berkenaan keluar dari rumah tanpa pengetahuan neneknya yang berusia 73 tahun, kira-kira jam 2 pagi, Jumaat lalu.

“Laporan polis berhubung kehilangan remaja itu dibuat di Balai Polis Laloh pada hari yang sama,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top