Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta

am@hmetro.com.my

Beaufort: Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Nukuhan, di sini, malam tadi.

Mangsa lelaki berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Zulhalim Abidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.26 malam.

Katanya, sepasukan lima anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 17 kilometer dari balai bomba.

“Kemalangan membabitkan motosikal Honda EX5 dan kereta Perodua Viva. Motosikal dalam keadaan terbakar.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian manakala pemandu Perodua Viva tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran motosikal menggunakan satu aliran dengan sumber air jentera bomba.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya wujud di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 8.32 malam,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top