Remaja maut selepas struktur air pancut runtuh ketika sambutan kemenangan Sepanyol

Remaja maut selepas struktur air pancut runtuh ketika sambutan kemenangan Sepanyol

MADRID – Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 pada Ahad bertukar tragedi apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas sebahagian struktur sebuah air pancut runtuh ketika sambutan kemenangan 1-0 ke atas Argentina, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku awal Isnin di Ciudad Rodrigo, barat laut Madrid ketika para penyokong berkumpul di sekitar air pancut yang terletak di tengah sebuah bulatan jalan untuk meraikan kejayaan pasukan kebangsaan itu.

Bahagian atas struktur air pancut berkenaan runtuh lalu menghempap mangsa.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi, namun mangsa gagal diselamatkan.

Menurut laporan Xinhua, tiga individu lain turut cedera dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Pihak berkuasa tempatan Ciudad Rodrigo mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari susulan kejadian itu. – Bernama

Scroll to Top