LATEST
Social Media

“Sudah-sudahlah menipu rakyat…”- Akmal Saleh dakwa DAP ketandusan idea

“Sudah-sudahlah menipu rakyat…”- Akmal Saleh dakwa DAP ketandusan idea

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa DAP semakin ketandusan idea apabila terus menggunakan naratif yang mengelirukan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, DAP sebelum ini didakwa memainkan naratif ‘undi BN, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan’ ketika kempen di Johor, sebelum membawa pendekatan baharu pada PRN kali ini.

Baca juga: Hasrat dedah dokumen pengampunan Najib ada, kerajaan sedang atur proses -Fahmi

“Kali ini dekat Negeri Sembilan dia datang dengan penipuan baharu lagi. Agak-agak mereka ini dah ketandusan idea ke?
“Sudah-sudah lah menipu rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut memuat naik tangkap layar laporan sebuah portal berita bertajuk ‘PRU 16: Undi PH atau Zahid PM, kata Pua’.

Sebelum ini, portal berkenaan melaporkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua daripada DAP menyeru pengundi supaya terus menyokong Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Artikel lain: Jangan hanya BN! Desak juga GPS & WARISAN keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

Laporan itu turut memetik dakwaan bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pengundi memilih sebaliknya.

Menurut Tony, tindakan mengundi parti ‘pengacau’ atau tidak keluar mengundi pada PRU16 juga akan memberi kelebihan kepada BN.

More in Social Media

View all

Latest news