LATEST
World News

Ditanam hidup-hidup hampir 24 jam, bayi 11 bulan ditemui masih bernyawa

COLUMBIA – Tangisan seorang bayi berusia 11 bulan dari dalam tanah membawa kepada penemuan mengejutkan apabila dia dijumpai tertanam hidup-hidup di Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS).Menurut Jabatan Syerif Daerah Lexington, mangsa, Koah Sharpe dilaporkan hilang selepas dibawa keluar oleh bapanya, Michael Comer, 25, pada Isnin. Kira-kira 100 anggota polis dan bomba kemudiannya digerakkan bagi menjejaki Sharpe.Perbuatan tidak berperikemanusiaan Comer terbongkar selepas dia ditahan atas tuduhan pecah rumah, namun anaknya tidak bersama Comer ketika penahanan dilakukan.Bayi itu dijumpai keesokan hari dalam keadaan kritikal selepas ditanam di dalam kurungan anjing selama hampir 24 jam di kawasan hutan berhampiran kediaman keluarganya.”Koah kini menerima rawatan di hospital dan beliau berharap bayi itu dapat pulih sepenuhnya,” kata Syerif Lexington, Jay Koon.Menurutnya, Koah dipercayai bertahan kerana kotak yang menempatkannya dibalut dengan tuala, sekali gus membolehkan aliran udara masuk dan membantunya terus bernafas. Cuaca sejuk ketika itu turut membantu mengelakkan suhu di dalam kotak menjadi terlalu panas.Siasatan awal mendapati pelaku pergi ke beberapa lokasi tanpa membawa anaknya sebelum ditahan di daerah Lexington.Pada Khamis, Comer didakwa atas cubaan membunuh anak lelakinya selain berdepan pertuduhan melakukan perbuatan menyalahi undang-undang terhadap kanak-kanak dan mengganggu hak penjagaan.Hakim turut menolak permohonan ikat jamin terhadapnya manakala tarikh prosiding seterusnya ditetapkan pada 10 Disember depan. – Agensi

More in World News

View all

Latest news