LATEST

3,775 graduan Unimap dirai sempena Istiadat Konvokesyen Ke-21

3,775 graduan Unimap dirai sempena Istiadat Konvokesyen Ke-21

ARAU: Seramai 3,775 graduan Uni­versiti Malaysia Perlis (Unimap) akan diraikan pada Istiadat Konvokesyen Ke-21 universiti itu yang bermula hari ini sehingga 17 November ini.

Naib Canselor Unimap, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, se­ramai 1,114 graduan yang di­raikan adalah penerima Ijazah Sar­jana Muda Kejuruteraan, diikuti Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (609), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (501), Di­ploma Kejuruteraan (419), Ija­zah Sarjana Muda Komunikasi Me­dia Baharu (211) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi (89).

Baca juga: Luahan istimewa Carrick buat United

“Turut menerima ijazah ialah 90 graduan Sarjana, 77 Doktor Fal­safah (PhD), 17 Sarjana Profesional, 554 Sarjana Muda Profesional dan 94 Diploma Profesional,” katanya dalam sidang akhbar di Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, di sini, semalam.

Istiadat konvokesyen itu me­libatkan tujuh sidang dengan Raja Muda Perlis merangkap Can­selor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan berangkat menyempurna­kan sidang pertama, kedua, ke­empat dan keenam.

Raja Puan Muda Perlis, Tuan­ku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro-Canselor Unimap pula akan menyempurnakan istiadat konvokesyen bagi si­dang pertama, ketiga dan kelima.

Anakanda baginda, Hajah Sha­rifah Khatreena Nuraniah Ja­malullail selaku Pro-Canselor Unimap pula akan menyempurnakan sidang ketujuh.

Dalam pada itu, Zaliman ber­kata, kadar kebolehpasaran gra­duan Unimap juga menunjuk­kan perkembangan positif di ma­na sehingga tempoh 6 No­vem­ber lalu, seramai 2,116 gra­duan meliputi 56.05 peratus dilaporkan telah bekerja dalam pelbagai sektor.

Kata beliau, daripada jumlah itu, bilangan tertinggi bekerja ada­lah direkodkan di syarikat tem­patan iaitu 1,084 graduan me­liputi 51.23 peratus, diikuti syarikat multinasional dengan 651 graduan atau 30.77 peratus.

“Kadar Kebolehpasaran Gra­duan merangkumi graduan yang bekerja, melanjutkan pe­nga­jian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan,” katanya. – UTUSAN

The post 3,775 graduan Unimap dirai sempena Istiadat Konvokesyen Ke-21 appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news