SEOUL – Korea Utara mengubah nisbah rasmi bendera kebangsaannya buat kali pertama sejak negara itu ditubuhkan pada 1948 di bawah langkah yang dilihat sebagai usaha pemimpin, Kim Jong Un membentuk identiti nasional yang berbeza daripada Seoul.Menurut Artikel 166 dalam kandungan Perlembagaan yang disemak semula dan diterbitkan pada Jumaat menerusi laman web propaganda luar Korea Utara, Naenara, nisbah ketinggian dan lebar bendera itu diubah daripada 1:2 kepada 1:1.65, sekali gus menjadikan ukuran bendera berkenaan lebih pendek.Perubahan itu merupakan yang pertama dalam tempoh 78 tahun, namun reka bentuk asal bendera masih dikekalkan termasuk bahagian tengah berwarna merah, jalur putih dan biru dan bintang merah lima bucu.Pyongyang menjelaskan warna merah pada bendera melambangkan darah yang ditumpahkan oleh pejuang yang menentang penjajahan Jepun. Bulatan dan jalur putih pula melambangkan kesetiaan kepada Parti Pekerja yang memerintah dan pemimpin negara itu.Sementara itu, jalur biru membawa maksud perjuangan menentang imperialisme, kemerdekaan, keamanan dunia, persahabatan dan kedaulatan negara.Perubahan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Jong Un untuk membentuk identiti Korea Utara selaras dengan pendirian Pyongyang yang semakin tegas terhadap Seoul.Pada 2024, Korea Utara turut mengubah lirik lagu kebangsaannya dengan menggantikan perkataan ‘samcholli’ yang bermaksud ‘3,000 ri’ kepada ‘i sesang’ yang membawa maksud ‘dunia ini’.Perkataan ‘samcholli’ sebelum ini merujuk kepada seluruh Semenanjung Korea. Istilah ‘ri’ pula merupakan unit ukuran jarak tradisional yang digunakan di Korea. – Agensi
Korea Utara ubah ukuran bendera kebangsaan selepas 78 tahun
Malay News | https://www.malay.news/korea-utara-ubah-ukuran-bendera-kebangsaan-selepas-78-tahun/