Resipi Ayam Masak Merah yang Ringkas dan Sedap

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Lifestyle: Dikongsikan resipi mudah untuk memasak ayam masak merah dengan ringkas dan sedap bagi hidangan 5 orang. Masa penyediaannya adalah selama kira-kira 30 Minit. Sebagai pengetahuan, resipi ini sesuai dimakan dengan nasi tomato.

Pertama sekalinya, bahan-bahan yang diperlukan adalah:
– 1/2 ekor ayam
– sedikit garam kunyit
– Bahan-bahan kisar
– 4-5 biji cili kering
– 1 cm halia
– 2 ulas bawang putih
– 1 labu bawang besar
– 1 biji tomato (potong dadu)
– 1/2 cawan sos tomato
– Bahan hias
– 1/2 biji bawang besar (potong bulat)
– kacang hijau secukupnya

Seterusnya, cara penyediaan dan masakan seperti berikut:
1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak.
2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian, barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Selamat mencuba bagi anda semua.

Sumber: My Resipi

Akmal Hakim
Lifestyle Desk