Riadah berbasikal seorang diri, wanita meninggal dunia digilis lori

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Hasrat seorang wanita untuk pulang ke rumah berakhir tragedi apabila muat digilis selepas basikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 22, Jalan Jeniang-Sik Pedu, Sik pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa Nazirah Jamaludin yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari beriadah selepas berbasikal seorang diri.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila pemandu lori yang menyusur keluar dari simpang tiga melanggar mangsa yang berada di laluan utama.

Berikutan itu, mangsa yang berusia 41 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik bagi urusan bedah siasat.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, rakan mangsa memuat naik beberapa posting atas pemergian tersebut selain mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Abdull Razak berkata, hasil ujian saringan, pemandu lori berusia 51 tahun didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman) , Facebook