Siap ada jadual baju seragam, Norman Hakim terkejut ‘plan’ bercuti isteri & Abby

Kebenaran merentas negeri yang baru sahaja diumumkan oleh kerajaan bermula pada 11 Oktober 2021 sememangnya memberi satu rahmat buat rakyat Malaysia yang rindu untuk melancong.

Antara yang telah ‘merancang’ untuk bercuti bersama-sama adalah keluarga besar Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi dan  Faizal Zakaria.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh Norman Hakim di ruangan Instagramnya apabila memuat naik tangkapan layar perbualan isteri dan Abby Abadi yang sedang membuat ‘planning’ percutian mereka bersama.

 

Menerusi kapsyen yang diserta, Norman mengakui respect dengan kaum hawa kerana begitu detail dalam mengatur setiap perkara termasuklah ketika ingin bercuti.

“Hmmm..dekat 2 tahun tak nampak memo mcm ni (ni pun nasib2 ternampak dlm phone wifey) tiba2 rasa ‘cramp’ pulak otak sbb lama naw tak ‘warming up’ bab ni,” 
Tak sampai 24 jam pengumuman,laju je diorang buat plan.Nampak mcm sampai ke hujung tahun jek?Tak larat nak baca habis.Bab ni mmg salute la kat kaum hawa mmg efisien huhhu,” tulisnya.

Dalam mesej yang di hantar Abby Abadi itu, selebriti berkenaan telah menetapkan tema pakaian yang akan mereka gayakan sepanjang bercuti nanti mengikut hari dan waktu.

Jadi, dia telah berbincang dengan Memey bagi memastikan pakaian keluarga mereka semua seragam dan terlihat cantik apabila mengambil gambar kelak.

Umum sedia tahu, keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi sememangnya akrab dan sering melakukan aktiviti bersama-sama.

Hal ini menjadi contoh dan inspirasi ramai memandangkan mereka tetap baik walaupun sudah lama berpisah serta sudah mempunya kehidupan dengan pasangan masing-masing.

Sumber: Instagram normanhakim_789