Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!

Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!

“Bila dengan Keith ni, saya yang takut sebenarnya”.

Demikian respons pelakon Riena Diana apabila bercakap mengenai kekasihnya yang juga aktor, Keith Foo.

Kata Riena ketika ditemui XTRA, Keith bukan sahaja menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu agama malah, dia juga telah melakukan pelbagai inisiatif untuk menambah pengetahuannya mengenai agama Islam.

Bagaimanapun, Riena mengakui sedikit takut dan gementar apabila sering diajukan soalan mengenai isu tersebut memandangkan ilmu agamanya masih cetek.

“Sebenarnya saya tengok progres Keith. Alhamdulillah saya tengok dia okay kerana dia akan ada insiatif.

“Bila dengan Keith ni, saya yang takut sebenarnya…. kerana saya rasa, saya pun kena banyak belajar sebabnya orang kata memang susah nak bimbing.

“Memang betul, kadang-kadang bila dia tanya saya beberapa soalan saya kadang-kadang susah nak jawab. Jadi, saya mula meragui diri saya sebab masa sekolah agama dulu tak fokus jadi bila dia tanya saya takut kerana dia memang seorang yang rajin membaca.

“Saya yang risau dan saya cakap dekat kawan saya nak masuk kelas agama kerana banyak benda saya perlu belajar dan ilmu saya juga masih cetek,” ulasnya.

Berkongsi lanjut, pemilik nama lengkap Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, berkata, Keith sebenarnya suka melihatnya mengenakan hijab.

“Dia pun sebenarnya suka tengok saya bertudung. Itu one thing yang boleh saya kongsikan.

“Setiap kali saya bertudung dia mesti akan teruja dan minta saya mengenakan hijab.

“Mula-mula saya ingat dia menipu sebab baru-baru bercinta kan… Tapi sebenarnya dah almost setahun lebih masih sama. Dia cakap dia suka saya bertudung,” katanya.

Ketika disoal mengenai isu ‘convert’ pula, Riena menegaskan, dia mahu menghormati keputusan kekasihnya itu apatah lagi Keith masih mempunyai ibu.

“Macam saya nak cakap pasal dia punya convert atau tak, saya lebih kepada mahu menghormati keluarga dia.

“Sebab family dia ada yang dah convert dan juga tidak. Dan, Keith juga masih ada Ibu. Jadi apa pun itu adalah anak dia. Jadi saya nak jaga hati keluarga dia.

“Soal convert atau tidak, kalau boleh isu itu tak nak kelaur dari mulut saya dan berita gembira ini biar diumukan sendiri oleh Keith kepada semua,” jelasnya.

Sekadar info, Riena adalah antara barisan pelakon yang terlibat dalam Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet.

Dibintangi  barisan pelakon tanah air seperti Zamarul Hisham, Angeline Tan dan Lorenzo Irmann, siri ini diarahkan oleh Safuan Rashid serta diterbitkan oleh Astra Entertainment.

Dengan 8 episod berdurasi 3 hingga 5 minit setiap satu, Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet tampil ringan dengan elemen persahabatan yang menghidupkan suasana kopitiam dan kejiranan yang dekat di hati penonton.

Ia akan mula ditayangkan secara eksklusif di TikTok @hotlink.official @dramasangat dan Instagram @hotlinkred dan @dramasangat bermula 1 Oktober 2025, jam 12.00 tengah hari, pada setiap Rabu dan Khamis.

 

Scroll to Top