Risau menangis, isteri ND Lala harap kenalan tak buat muka sedih ketika bertemu

Risau menangis, isteri ND Lala harap kenalan tak buat muka sedih ketika bertemu

Kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi era 80an, ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah bin Salleh dan isteri pertamanya, Datin Fauziah Sarman masih menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi apabila mereka tidak berhari raya bersama.

Perkongsian terbaru Fauziah juga memberi bayangan bahawa sudah dua tahun tiada gambar keluarga sempena hari raya setelah suaminya dikatakan bernikah satu lagi.

Dalam perkongsian ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah itu di Insta Story miliknya meminata agar para tetamu termasuklah saudara mara dan sahabat handai supaya tidak menunjukkan muka sedih sewaktu bertemunya ketika beraya.

Dia berharap sebegitu kerana ingin berasa gembira dan tidak mahu menangis sewaktu hari kemenangan umat Islam ini lebih-lebih lagi sewaktu lebaran.

“Pada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa diluar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa saya tolong jangan buat muka sedih. Kalau saya nampak muka sedih kalian saya akan menangis. Sedekahkan saya senyuman paling manis. Saya akan senyum pada anda,” tulisnya.

Terdahulu, anak bongsu Fauziah dan ND Lala, Syada Amzah telah memuat naik luahan hatinya di Insta Story  apabila berasa sedih melihat ibunya kurang ceria di Aidilfitri.

Namun, dia tetap berasa seronok beraya bersama ibu dan adik beradik yang lain walaupun ahli keluarganya tidak lengkap tanpa kehadiran seorang bapa.

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok apabila ND Lala dilihat berhari raya di rumah Kazar Saisi selepas lama tidak kelihatan selepas tular dirinya dikatakan mengalami masalah rumah tangga.

Sekitar awal Ramadan, isteri kepada ND Lala telah memuat naik gambar isteri baru penyanyi itu dan dikatakan rakan sekolah kepada anak sulungnya, Shila Amzah.

Sumber: Instagram mamazie68