‘Risau’ terlanggar hati, netizen lelaki pesan Wany Hasrita pandu lori elok2

Penyanyi yang sinonim dengan sikap lemah lembut dan ayu, Wany Hasrita sememangnya aktif menggunakan media sosial untuk berinterakasi dengan peminat.

Dia juga sering memuat naik perkongsian di media sosial miliknya untuk tatapan para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya sedari awal kemunculan di bidang seni tarik suara.

Baru-baru ini, penyanyi berusia 29 tahun itu telah menunjukkan kebolehannya memandu lori di laman Twitter dan mendapat pelbagai maklum balas warganet.

Dalam kapsyen yang ditinggalkan bersama video pendek itu, penyanyi lagi Belenggu Rindu berkenaan juga sempat berseloroh dengan meminta orang ramai mengundinya.

Hal ini susulan daripada wajahnya agak mirip dengan wakil rakyat dari DUN Ketari iaitu YB Young Syefura Othman atau mesra disapa YB Rara.

“Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle, inikan lagi masa depan kita. Undilah saya,” tulisnya.

Diruangan komen Twitter penyanyi tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas mengenai kebolehan yang ditunjukkan.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang bertanya sama ada Wany mempunyai lesen GDL ataupun tidak kerana boleh mengundang masalah andai video tersebut disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Sumber: Wany Hasrita