Rokok Seludup Bernilai RM167,520 Dirampas Dalam Serbuan Di Sabah | Oh! Tidak – Oh! Media

Rokok Seludup Bernilai RM167,520 Dirampas Dalam Serbuan Di Sabah | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Rokok tidak bercukai bernilai RM167,520 dirampas PPM Sabah selepas serbuan di sebuah stor di Kampung Amboi.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sekali lagi berjaya mematahkan kegiatan penyimpanan rokok tidak bercukai apabila merampas puluhan ribu batang rokok dalam satu serbuan di Kampung Amboi, Tenom.

Bagaimanapun, lelaki yang dipercayai menjaga stor berkenaan sempat meloloskan diri ke kawasan kebun getah berhampiran sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Stor dipenuhi rokok seludup

Kredit Foto Janaan AI

Serbuan kira-kira jam 8.20 pagi semalam dijalankan hasil operasi bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom.

Hasil pemeriksaan di dalam stor itu membawa kepada penemuan 134,600 batang rokok dipercayai tidak bercukai dengan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM167,520.

Usaha mengesan suspek yang melarikan diri sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan.- Katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam

Kredit Foto PPM

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Polis Ahmad Amri Abd Rahman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Beliau turut memaklumkan sehingga 30 Julai lalu, PPM Wilayah 4 Sabah merekodkan 44 kes di bawah Akta Kastam 1967 melibatkan 30 tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM6,208,256.66.

Usaha itu penting bagi melindungi keselamatan serta kepentingan ekonomi negara daripada aktiviti penyeludupan yang menyalahi undang-undang.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top