Rosyam Nor malas masuk campur, anggap jodoh Syamsul Yusof kahwin lagi satu

Rosyam Nor malas masuk campur, anggap jodoh Syamsul Yusof kahwin lagi satu

Pelakon dan penerbit tersohor, Datuk Rosyam Nor enggan masuk campur soal peribadi pengarah, Syamsul Yusof susulan krisis rumah tangganya yang kini sedang hangat menjadi topik perbualan.

Rosyam berkata, meskipun dia cukup mengenali diri Syamsul Yusof, namun, biarlah pengarah berusia 39 tahun itu menyelesaikannya sendiri secara matang tanpa masuk campur orang luar.

“Saya sebagai rakan artis. tidak boleh berkata apa-apa. Itu adalah kehidupan Syamsul,”ujarnya.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin menegaskan sekali lagi dia tidak mempunyai hak mencampuri urusan hal rumah tangga orang lain kerana masing-masing mempunyai percaturan hidup berlainan.

“Saya tidak boleh masuk campur kehidupan orang. Tiada hak untuk menentukan apa yang dia boleh buat,”jelasnya.

Ujar Rosyam, dia tidak membuat sebarang komen sebaik sahaja Syamsul mengumumkan sudah berkahwin lagi satu dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar pada 6 Januari lalu.

Pun begitu, dia menganggap apa yang berlaku kepada Syamsul adalah berkaitan soal jodoh, sekali gus menghadiahkan ‘madu’ kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.

“Sudah jodoh Syamsul untuk kahwin lagi satu,”katanya lagi.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gaya tayangan filem Duan Nago Bogho yang berlangsung di GSC Starling Mall pada Khamis lalu.

Sumber: Gempak