Ruhainies Mengaku ‘Penat’, Kini Digosip Pula Bercinta Dengan Azrel Ismail – “Joke Of The Day!”

Ruhainies Mengaku ‘Penat’, Kini Digosip Pula Bercinta Dengan Azrel Ismail – “Joke Of The Day!”

Pelakon sensasi, Ruhainies mengaku penat dengan tindakan segelintir netizen yang suka menyebar fitnah terhadap dirinya.

Selepas didakwa sudah berkahwin bersama pelakon popular, Zul Ariffin, kini namanya terpalit pula dengan dakwaan sedang hangat bercinta dengan aktor, Azrel Ismail.

“Ruhainies dan Azrel Ismail mengaku bercinta sejak setahun lalu,” tulis pada hantaran berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Ruhainies menerusi perkongsian tangkap layar pesanan WhatsApp yang dikirim pelakon Azrel Ismail kepadanya.

“Joke of the day! Suka ya gula-gula kan netizen… Entah lah sis. She penat, enjoy je la,” katanya.

Sebelum ini, pelakon drama Cukup Derita Itu berkongsi tangkap layar daripada sebuah portal hiburan mendakwa dia telah mendirikan rumah tangga dengan Zul Ariffin.

Bagaimanapun, enggan peminat terus tertipu dengan posting sedemikian, aktres ini percaya bahawa netizen sudah cukup bijak menilai dengan apa yang dilihat dan dilaporkan.

ARTIKEL BERKAITAN:Ruhainies Nak Capai Misi Berselawat 1,000 Kali Sehari

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwaan Bertunang Dengan Aliff Aziz, Ini Jawapan Ruhainies – “Tak Akan Berlaku”

ARTIKEL BERKAITAN:Ruhainies Kongsi Quotes – “Never Wrestle With Pigs… You Both Get Dirty & The Pigs Like It”

Scroll to Top