“Rupanya Macam Ni Rasa Hidup Bila Dah Bebas Dari Sosok Yang Hancurkan Mental & Emosi” 

“Rupanya Macam Ni Rasa Hidup Bila Dah Bebas Dari Sosok Yang Hancurkan Mental & Emosi” 

Pelakon dan usahawan Syida Melvin berkongsikan luahan rasa apabila berjaya keluar daripada kehidupan yang menghancurkan mental dan emosinya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Syida berkata dirinya kini menemui ketenangan apabila bebas daripada individu yang menghancurkan emosinya dan akhirnya temui dirinya yang dahulu.

BACA: “Aku Jual Laici Kang Kat Kampung Pun Di Hina” – Syida Melvin Dakwa Bekas Suami Hina Ibu Bapa

“Rupanya macam ni rasa hidup bila dah bebas daripada sosok yang hancurkan mental dan emosi. Akhirnya, saya jumpa semula diri saya yang dulu,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Syida memuat naik gambar bersama ibu tercinta yang sentiasa berada disisi ketika dia berdepan ujian.

Diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar Syida bersama anak-anak dipermudahkan segala urusan. 


Scroll to Top