Sambutan Aidilfitri buat pelakon, Idzham Ismail pada tahun ini sedikit berbeza selepas melalui pergolakan rumah tangga bersama bekas isterinya, Nur Abilah Shamsudin pada 4 November tahun lalu.
Susulan itu, menerusi perkongsian video di TikTok miliknya, Idzham memuat naik video memaparkan dirinya mengambil gambar raya di sebuah studio bersama anak-anaknya, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4.
Namun begitu, kapsyen yang ditulis oleh Idzham telah menyentuh hati ramai pengikutnya di TikTok.
“Bertiga tahun ini,” tulisnya ringkas.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kata-kata semangat buat dirinya untuk tidak putus semangat serta turut menggelarkan aktor drama rantaian Melastik Ke Hatimu 2 seorang bapa yang hebat.
Sekadar info, Idzham dan Abilah berkahwin pada Ogos 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.
@idzham_ismail Bertiga tahun ni




