[VIDEO] Puteri Sarah Nafi Andi Asryil Sengaja Ambil Kesempatan Terhadapnya – “Dia Yang Ada Di Sebelah Masa Saya Tengah ‘Down’”

[VIDEO] Puteri Sarah Nafi Andi Asryil Sengaja Ambil Kesempatan Terhadapnya – “Dia Yang Ada Di Sebelah Masa Saya Tengah ‘Down’”

Pelakon dan usahawan jelita, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa berang terhadap segelintir komen netizen yang mendakwa rakan niaganya, aktor terkenal Indonesia, Andi Arsyil dituduh mengambil kesempatan terhadapnya.

Menerusi suntingan video sesi siaran langsung tular di platform TikTok, Puteri Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

“Ada saya baca komen dia kata Andi ambil kesempatan ke atas saya. Saya nak betulkan balik kenyataan itu.

“Itu tak betul ya. Sebenarnya waktu saya tengah ‘down’, dia yang ada di sebelah saya. Andi banyak bantu saya sampai saya jadi berjaya macam sekarang ini,” katanya.

Dalam video sama juga, aktres drama rantaian Sekam Di Dada ini turut memaklumkan dirinya pernah berdepan dengan individu yang dipercayai telah mengambil kesempatan ke atasnya.

Justeru, bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof ini menasihati pengikutnya untuk tidak menyokong individu yang hanya mempergunakan orang lain demi kesenangan mereka sendiri.

“Jangan sokong orang yang menggunakan orang lain masa tengah viral dan dia mengambil nama ke atas orang itu kemudian  dia tidak menunaikan janji dia. Sangat tidak baik orang begitu, jadi jangan sokong.

“Waktu viral, dia menjanjikan macam-macam tapi tak tepati janji itu dan nama dia telah naik dan telah mendapat engagement yang tinggi.

“Tidak baik mengambil kesempatan ke atas orang lain waktu nama orang tu tengah naik,” katanya.

Scroll to Top