
Hari Kebangsaan bukan sekadar masa mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi ia peluang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil meneroka keindahan negara sendiri.
Dari utara hingga selatan, semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, Malaysia menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk diterokai.
Jadi, apa kata manfaatkan cuti kali ini untuk escape seketika, berehat dan cipta memori baharu bersama insan tersayang?
Bersama Batik Air, perjalanan domestik kini lebih mudah dengan pelbagai pilihan destinasi.
Bermula 1 September 2026, penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang ke Kuching dan Langkawi turut tersedia, melengkapkan laluan sedia ada ke Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Lebih menarik, Batik Air turut menawarkan kelas perniagaan pada harga yang mampu milik, sesuai buat mereka yang mahukan pengalaman penerbangan lebih selesa dan tenang.
Bukan itu sahaja, penumpang yang terbang dari Lapangan Terbang Subang boleh menikmati bagasi tanpa caj sehingga 10 kilogram (kg) bagi destinasi yang ditawarkan.

Keluarga yang membawa anak-anak juga boleh menikmati snek kanak-kanak secara percuma, tidak kira ke mana destinasi Batik Air.
Mahu terbang lebih jauh? Penumpang ke Sydney atau Melbourne boleh menikmati bagasi tanpa caj sehingga 20 kg.
Jadi, tidak perlu kir panjang untuk merancang percutian seterusnya! Bagi kaki makan pula, Pulau Pinang pastinya pilihan untuk food hunting, Langkawi sesuai untuk island escape, manakala Sabah dan Sarawak pula menanti dengan pengalaman pengembaraan lebih dekat dengan alam.
Batik Air turut menghubungkan Malaysia dengan pelbagai destinasi antarabangsa seperti Tashkent, Shanghai, Sydney, Melbourne, Osaka, Tokyo dan Maldives.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pilihan domestik pula termasuk Bintulu sehingga 14 penerbangan seminggu, Tawau dan Sibu.
Sempena Hari Kebangsaan, nikmati Hari Kebangsaan Sale dengan tambang sehala bermula RM159!
Tempah sehingga 31 Ogos 2026 untuk perjalanan sehingga hujung Mac 2027, dengan pilihan Super Saver, Value atau Flexi.
Jangan tunggu saat akhir. Layari www.batikair.com.my atau aplikasi Batik Air.
