Betapa hebatnya punca pergaduhan pelajar zaman sekarang sehingga berlumuran darah yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Kempas, Johor Bahru.
Semuanya berpunca daripada tidak berpuas hati dibaling pemadam pensel yang menyebabkan sekumpulan pelajar tingkatan tiga bergaduh di hadapan sekolah mereka sekitar jam 3.43 petang, Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kecederaan yang dialami oleh pelajar tersebut agak serius sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, di sini.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan bersabit kes beberapa pelajar sekolah telah bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan serius disebabkan perselisihan faham.
âSiasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang pelajar yang dibaling pemadam pensel oleh rakan sekelasnya dua hari sebelum kejadian.
âAkibat pergaduhan tersebut, ada beberapa orang pelajar sekolah telah mendapat rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan di kepala serta lebam pada kaki dan tangan,âujarnya.
Â
Tambah beliau dalam satu kenyataan, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dalam kalangan pelajar yang dipercayai terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, Balveer turut menasihati masyarakat untuk tidak menambah âkepanasanâ mengenai isu tersebut kerana ia masih dalam siasatan.
âPolis menasihati masyarakat agar bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan janganlah melakukan perbuatan melulu sehingga boleh dikenakan tindakan undang-undang,âkatanya.
Sumber: Twitter @mynewshub, Astro Awani