Satu peratus individu terkaya Indonesia setara 55 juta rakyat

Satu peratus individu terkaya Indonesia setara 55 juta rakyat
Satu peratus individu terkaya Indonesia setara 55 juta rakyat

Penduduk Indonesia menunggu ketibaan tren bagi pelbagai tujuan termasuk ke tempat kerja. Foto Agensi

JAKARTA – Ketidaksamaan kekayaan di Indonesia semakin melebar apabila 50 individu terkaya di negara itu didapati memiliki kekayaan setara dengan 55 juta penduduk, atau kira-kira 20 peratus populasi, menurut laporan terbaharu sebuah badan pemikir.

Laporan oleh Celios itu menggambarkan jurang ekonomi yang ketara di negara berpenduduk lebih 280 juta orang, apabila sebahagian kecil elit perniagaan menguasai sebahagian besar kekayaan negara.

Menurut laporan tersebut, 50 individu paling kaya di Indonesia mampu menjana sekitar 9.36 juta rupiah (RM2,154) setiap saat, manakala purata pendapatan pekerja hanya meningkat sekitar 1.47 rupiah sesaat (RM0.00034).

Dalam senarai berkenaan, keluarga Hartono yang memiliki syarikat rokok Djarum berada di kedudukan teratas dengan kekayaan dianggarkan 650 trilion rupiah (RM150 bilion ). -Agensi

Scroll to Top