'Saya baru tahu awak kena drip air rupanya' – Nadzmi Adhwa

'Saya baru tahu awak kena drip air rupanya' – Nadzmi Adhwa

Kuala Lumpur: Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan perasaan simpati terhadap isterinya, Ardell Aryana yang kini sedang sakit dan terpaksa menjalani proses memasukkan air dalam badan.

Ardell kini mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu satu usaha kemanusiaan antarabangsa bertujuan untuk memecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza dan menyampaikan bantuan.

Dia menaiki kapal Inana iaitu antara kapal paling kecil dan kini dalam usaha memasuki perairan Gaza untuk menyampaikan bantuan.

“Saya baru tahu awak kena drip air rupanya. Tak bagitau kami sebab tak nak susahkan hati kami disini kuat bertahan ye. Dah kurus dah awak,” tulis Adhwa menerusi hantaran di media sosialnya.

Menurutnya lagi, berita mengenai keadaan kesihatan Ardell dimaklumkan oleh seorang aktivis Ilyia Balqis yang turut bersama dalam misi terbabit.

“Tak dapat ‘contact’ dua hari, baru dapat hari ini. Alhamdulillah! Ujian hebat tapi semangat juang awak memang luar biasa,” katanya.

Adhwa mendoakan agar isterinya diberikan kekuatan berdepan ujian hebat ini. Tidak lupa, dia turut memohon doa agar semua team Global Sumud Flotilla untuk terus mengharungi semua dugaan dan cabaran.

” Insya-Allah…kami di sini sentiasa mendoakan kalian semua yang disana. Semoga Allah reda dengan usaha semua ! Free Free Palestine !,” tulisnya.

Selain Ardell, GSF turut disertai oleh ramai aktivis lain antaranya pengamal media Zainal Rashid Ahmad, personaliti media sosial, Farah Lee dan Zizi Kirana.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top