“Saya bukan ‘daring’, cuma ikut cakap pengarah saja..”- Baby Shima

“Saya bukan ‘daring’, cuma ikut cakap pengarah saja..”- Baby Shima

Nama penyayi dangdut kontroversi, Baby Shima rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ada sahaja isu yang dilakukannya seingkalu menerima kecaman hebat warganet termasuklah video muzik single berjudul Baby Sayang.

Bagaimanapun, Baby Shima mendakwa dirinya hanya mengikut kehendak pengarah video single berkenaan yang menyaksikan dirinya menjalinkan kerjasama bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Pemilik nama Nur Ashima Ramli, 30, menjelaskan, sebagai penyanyi profesional, dia perlu mengikut arahan pengarah dan bukanlah ‘daring’ seperti yang ramai sangkakan.

“Saya bukan ‘daring’. Apa yang saya gayakan dalam video muzik itu adalah mengikut kehendak ‘wardrobe’ (bahagian penataan gaya) dan kehendak pengarah.

Dalam pada itu, Baby Shima memberitahu video muzik yang dihasilkannya itu tidak mempunyai sebarang perbezaan dengan sebelum ini selain mendedahkan dirinya masih orang yang sama dan tiada apa-apa yang berubah.

Malah, penyanyi yang berasal daripada Johor itu mengatakan dirinya hanya mahu berkarya sahaja dan bukannya untuk kekal relevan dalam industri hiburan.