Penyanyi Thalita dilihat menjawab komen seorang netizen yang mempersoalkan penampilannya didakwa seperti orang dewasa sedangkan usia masih muda.
Menerusi satu hantaran di TikTok, individu itu bersyukur kerana membesar seperti kanak-kanak serta mengucapkan tahniah kepada dirinya.
BACA: “Saya Nampak Daddy Stress” – Thalita Tolak Tepi Perasaan Malu Bantu Shuib

Hantaran individu itu mendapat perhatian Thalita yang menjawab ianya kerana kerjayanya sebagai penyanyi dan mengenakan mekap tebal agar penonton boleh melihat di atas pentas.
“Okay, first thing first saya makeup macam tu sebab saya menyanyi kak. Saya duduk atas stage, kena la ada makeup yang tebal supaya korang boleh nampak,” tulisnya.




