“Saya Pun Tak Mahu Teruskan Perkahwinan, Dia Toksik” – Dato Red Nafi Minta RM100,000 Dari Adira

“Saya Pun Tak Mahu Teruskan Perkahwinan, Dia Toksik” – Dato Red Nafi Minta RM100,000 Dari Adira

Usahawan Datuk Red menafikan dakwaan bekas isterinya, Adira yang mendakwa dia meletakkan syarat untuk selesaikan kes rujuk mereka.

Memetik Astro Gempak, Datuk Red tegaskan dia tidak pernah membuat sebarang tawaran termasuk meminta wang dari Adira berjumlah RM100,000 untuk menggugurkan kes saman sivil hutangnya.

BACA: Adira Dedah Datuk Red Letak Syarat Untuk Batal Kes Rujuk, Minta Bayar RM100,000 

Kata Datuk Red lagi, dia bersedia untuk berpisah seandainya kes rujuk antara mereka sah serta meminta peminat Adira tidak perlu takut.

“Tak, kita tak buat tawaran secara rasmi. Benda ini bukannya nak berjual beli ke apa. Sebagai seorang lelaki dan seorang suami, andai kata rujuk ni tak sah, tak apa tak sah.

“Jangan takut, sabar peminat Adira, kawan-kawan dia atau sesiapa, kalau rujuk ini sah, tak ada masalah. Saya sendiri yang pergi mohon nanti untuk berpisah. Jangan risau. Benda ini (dakwaan) tak ada. Saya hanya mahu kes ini dipermudahkan sahaja,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata dia tidak mahu meneruskan perkahwinan mereka yang dianggap tidak sihat serta mendakwa bekas isterinya toksik.

“Saya pun tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Kalau teruskan juga dia akan jadi toksik. Dia (Adira) toksik. Selalu orang ingatkan saya ini sebagai tak ‘move on’ lah, gila talak. Tak apa.

“Ini bukannya saya nak hadap sangat nak kahwin dengan dia, tidak. Saya nak pengesahan saja. Kalau ikutkan, nak buat kalau lepas di luar mahkamah, tapi peguam saya tak bagi pasal takut nanti boleh sampai kena penjara kan,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top