“Saya Rasa Memang Gegar Dan Tak Boleh Berjalan” – Diana Rafar Imbau Kembali Saat Zamarul Hisham Lafaz Cerai | Oh! Media

“Saya Rasa Memang Gegar Dan Tak Boleh Berjalan” – Diana Rafar Imbau Kembali Saat Zamarul Hisham Lafaz Cerai | Oh! Media

Pelakon, Diana Rafar mengimbau kembali saat-saat perceraian yang berlaku pada Januari 2015 dengan suaminya yang juga pelakon, Zamarul Hisham.

Diana berkata pada waktu Zamarul melafazkan talak, dia mengalami kesukaran untuk berjalan menerusi satu temu bual dibuat Hijabista baru-baru ini.

Hari yang abang (Zamarul) lafaz, saya jalan tak pijak bumi. Saya tak pernah kongsi benda ini. Masa dia lafaz je, barulah saya faham ‘oh, ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar. Memang dekat bumi ini bergegar ke’.

Saya rasa memang gegar dan tak boleh nak jalan, tak boleh pijak bumi… pegang dinding. Rasa seperti nak mati, sakit ke. Dia steady, yela.. Kita perempuan emosi kan masa tu.

Bukan tu jer, pelakon wanita itu juga mengatakan yang dia alami serangan anxiety sampai terpaksa menjual bisnes spa miliknya.

Lepas itu saya diuji sakit, tak boleh bernafas, tak boleh jumpa orang, takut nak mati.. Lebih kurang macam anxiety la kan. Tutup spa, tutup terapi… tinggal pesakit saya, jual spa semua.

Ketika itu Diana Rafar merasakan yang Allah telah menarik nikmat hidup satu per satu. Dahlah tiada pekerjaan dan duit.

Laki pun tak ada, kita pun tak nak jumpa keluarga.. Dia tarik segala nikmat, masa tu saya belum berhijab lagi.


Scroll to Top