Penyanyi dangdut Amelina tidak dapat menahan sebak apabila memikirkan persepsi segelintir pihak yang melabelkan kerjaya dalam industri hiburan sebagai haram, seperti didakwa pempengaruh sensasi Tareq Fit.
Tiada pula sampai berbikini

Memetik laporan Kosmo, Amelina, 52, berkata meskipun ada benarnya pandangan tersebut, namun niatnya menceburi bidang seni hanyalah untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.
“Bukan kita nak betulkan benda yang salah. Fasal aurat semua itu, memang kita tahu.
“Yang penting niat atau nawaitu kita. Contohnya, kalau dapat rezeki ini, kita nak buat untuk apa. Saya secara peribadi, tiadalah sampai terkeluar landasan niat saya.
“Orang pergi pejabat, mereka pakai baju yang sesuai. Untuk saya sebagai penyanyi, kenalah pakai baju yang sesuai untuk menyanyi. Tiada pula sampai pergi kerja berbikini atau berkemban,” katanya pada acara Seloka Lebaran anjuran Rusa Music, semalam.
Pelantun lagu Asyik itu turut berpendapat bakat adalah anugerah Tuhan dan tidak wajar dipertikaikan atau dipandang rendah oleh sesiapa.
Screenshot
“Bila kita mempertikaikan bakat atau rezeki orang, maknanya engkau mempertikaikan kelebihan Allah SWT, semua yang datang daripada Dia (Allah).
“Macam saya, 15 tahun menghilang kemudian dilorongkan semula dalam industri—menyanyi lagu-lagu lama yang popular. Rezeki ini yang membolehkan saya membesarkan anak-anak dan bekerja demi mereka.
“Individu terbabit boleh menilai, tak salah tapi rezeki ini datang daripada Allah. Kalau kau pertikai, maknanya kau persoal kerja Tuhan,” jelasnya, dengan nada sebak.
Dalam masa sama, Amelina mengakui menghormati Tareq sebagai jurulatih kecergasan yang sering berkongsi tip pemakanan, namun berasa kurang senang apabila bidang seni diperkecilkan.
Screenshot
‘Tareq ini saya suka tengok dia sebagai bagi tip tentang diet tapi lama-kelamaan makin melebih-lebih.
“Bukan Tareq seorang yang pandang serong tentang kerja anak seni, ramai lagi sebenarnya. Kita golongan artis macam satu ‘kampung’ walau dia tak tuju pada saya.
“Halal haram apa semua, memang dari luaran tapi kita tak tahu (dalaman) seseorang,” tambahnya lagi
Artikel lain: “Dah jadi masa lalu, dia tak ada kena-mengena dengan saya lagi” -Amelina
Sebelum ini, kontroversi melibatkan Tareq kembali hangat apabila dia meluahkan kekecewaan selepas penyampai radio Era, Azad Jasmin, didakwa menggelar ibunya sebagai pelayan pusat hiburan atau GRO.
Menurut Tareq, situasi tersebut tercetus susulan nasihat yang diberikannya kepada Azad mengenai dunia hiburan yang disifatkan boleh menjejaskan akhlak.
Sumber: Kosmo (Mohd Haikal Isa)




