Meskipun sudah sah bercerai dengan talak satu, pelakon Edika Yusof menyatakan hasrat mahu rujuk semula bersama isterinya, Nor Hidayah Yusri dalam tempoh iddah.
Bagaimanapun, Edika berkata, ia bergantung kepada keputusan isterinya sama ada mahu rujuk semula atau sebaliknya.
“Siapa suka dengan perceraian tapi ia bergantung kepada kemahuan bekas isteri.
“Apapun, yang penting kami boleh mempunyai hubunagn baik demi anak-anak.
“Saya tidak akan pernah putus asa untuk menyelamatkan rumah tangga saya semula. Mungkin kami boleh rujuk balik,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Edika, 58, dan Hidayah, 47, sah bercerai talak satu menerusi lafaz yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada, Isnin sekaligus menoktahkan perkahwinan mereka yang berusia 21 tahun.
Edika atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abd Majid, 58, melafazkan cerai di hadapan hakim syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.
ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Yang Failkan, Jadi Kita Ceraikanlah” – Edika Yusof & Isteri Sah Cerai Talak Satu
ARTIKEL BERKAITAN:“Kekuatan Saya Adalah Isteri” – Edika Yusof Nafi Kasari Nor Hidayah, Anggap Tuduhan Sebagai Penghinaan
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Jaga Dia 19 Tahun, Tapi Kenapa Baru Sekarang?” – Edika Yusof ‘Akur’, Anggap Isteri Fail Cerai Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi

Sebelum ini, pada 23 April, Edika menafikan dakwaan kononnya dia telah mengasari dan berlaku curang terhadap Hidayah sehingga menyebabkan perceraian antara mereka.
Sekaligus, tuduhan yang diberikan isterinya itu dalam permohonan cerai yang difailkan pada Februari lalu dianggap keterlaluan dan turut dirasakan sebagai satu bentuk penghinaan.
Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004.
Dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
ARTIKEL BERKAITAN: Tular Foto Mesra Bersama Seorang Wanita, Ini Respons Edika Yusof
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Dakwa Edika Yusof Temui Pengganti Gara-Gara Foto Ini, Peminat Tampil Pertahan – “Wanita Itu Dah Bersuami & Ada Anak”
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Edika Yusof Akhirnya ‘Buka Mulut’, Dedah Suami Banyak Kali Lafaz Talak & Angkat Sumpah Laknat
ARTIKEL BERKAITAN:“Mungkin Tidak Sekufu Bagi Dia” – Edika Yusof Jawab Isu Isteri Failkan Cerai
Sumber: Harian Metro




