“Don’t Try Me, You Just Woke Up The ‘Trouble Maker’” – Nabila Huda Beri Amaran Tegas

“Don’t Try Me, You Just Woke Up The ‘Trouble Maker’” – Nabila Huda Beri Amaran Tegas

Selepas memberi amaran tegas buat ibu tirinya, Nourish Hassan yang digelarnya sebagai ‘perempuan itu’, pelakon versatile, Nabila Huda sekali lagi berkongsi sepotong video pendek  memperlihatkan dirinya ketika disoal mengenai isu tersebut pada Malam Gala Filem Gayong baru-baru ini.

Kata Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia sudah mencuba yang terbaik untuk menjaga aib ibu tirinya itu sekaligus menegaskan agar Nourish tidak menimbulkan sebarang  provokasi.

“Saya berada pada tingkah laku terbaik saya. Jangan cuba saya. Jangan sesekali..Tapi dah terlambat sayang!

“Anda baru sahaja membangunkan ‘trouble maker’. She is awake. Siapa yang seterusnya untuk mengujinya?,” katanya.

Hantaran berkenaan bagaimanapun menerima pelbagai resposn dalam kalangan rakan selebriti dan juga pengikutnya yang rata-ratanya menyokong tindakan Nabila dalam mempertahankan dirinya.

Malah, segelintir warganet turut menzahirkan sokongan moral dan memuji keberanian Nabila bersuara apabila berdepan isu peribadi yang melibatkan keluarga dan maruah diri.

Terdahulu, Nabila menegaskan tidak wujud sebarang konflik antara dia dengan bapanya meskipun sudah lama terpalit dengan isu keluarga melibatkan ibu tirinya itu.

“Sebenarnya, saya dan papa tidak ada masalah langsung dari dulu sampai sekarang.

“Kami sentiasa okey dan tiada pergaduhan besar. Cuma, masalahnya ‘perempuan itu’,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ada Segala Bukti ‘Permainan’ Awak, Berhentilah Cemburu!” – Nabila Huda Jijik Dengar Panggilan Ibu Tiri

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Pernah Habis Dari Saya Kecil Sampai Besar” – Sebak! Nabila Huda Reda Terpisah Dengan Bapa

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Faham Perasaannya” – Isu ‘Perempuan Itu’, Shila Amzah Sokong Kenyataan Nabila Huda

Scroll to Top