Saya tak goyang kaki harap bantuan kerajaan – Mila

Saya tak goyang kaki harap bantuan kerajaan – Mila

KUALA LUMPUR – Nama penyanyi Mila Jirin kembali menjadi sebutan gara-gara video  dia menangis sebaik  mendengar perkhabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Juara program Akademi Fantasia berusia 33 tahun  menerima kecaman oleh beberapa pihak terutamanya netizen kerana dianggap keterlaluan memuatnaik video menangis itu di media sosial.

Penyanyi lagu Persis Mutiara itu  juga dilempar dakwaan dibayar oleh kerajaan demi mempertahankan pendiriannya menyokong bekas perdana menteri.

Bagi menjelaskan keadaaan, Mila menegaskan dia tidak pernah goyang kaki atau hanya mengharapkan bantuan kerajaan untuk membayar pekerja-pekerjanya seperti yang didakwa netizen sebelum ini.

Menurutnya, menjadi majikan bukan tiket untuk goyang kaki ketika pandemik.

Hal tersebut berikutan perlu memikirkan bagaimana cara hendak membayar gaji pekerja serta kos yang ditanggung kerana perniagaan sedang diuji.

Dia memberirahun bekerja 15 jam sehari demi memastikan para pekerjanya bergaji.

“Bergegar otak macam mana lagi nak buat cover kos pekerja dan lain-lain. Yang aku fikir, kos pekerja, aku tak bergaji tak apa…,”  tulisnya.

Mila pernah jual kek sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Foto Instagram Mila Jirin.

Isnin lalu, Mila Jirin mencuri perhatian netizen susulan memuat naik video menyatakan rasa sedih di atas peletakan jawatan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Menurutnya di dalam video tersebut, Muhyiddin merupakan perdana menteri yang terbaik dan banyak membantu rakyat namun tidak disenangi oleh sesetengah pihak sehingga perlu meletak jawatannya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top