Pelakon Hafidz Roshdi mendakwa bekas isterinya, Nurul Shuhada menghalangnya dari bertemu serta berhubung dengan anak-anak mereka.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Hafidz berkata dia sudah mendapat hak dari mahkamah dan hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.
BACA: Hafidz Roshdi Kecewa Hak Jagaan Anak Kekal Kepada Bekas Isteri

Tegas Hafidz lagi, anak-anak mereka memerlukan bapa mereka dan jika ada isu dengannya tidak perlu melibatkan anak-anak.
Tambah Hafidz, dia mengakui kesilapan lalu dan telah memohon maaf atas apa yang yang berlaku sama ada dari segi kewangan, emosi atau perkara lain yang mungkin terlepas pandang.
“Saya dah dapat hak dari mahkamah. Saya minta maaf atas apa yang dah jadi sebelum ini. Saya tak nak bermusuh, saya cuma nak hak untuk jumpa Humairah dan Umar,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hafidz turut meminta agar tidak menyekat mahupun menghalangnya untuk bertanya khabar anak-anak melalui panggilan telefon.
“Jangan sekat atau halang. Saya nak jalankan tanggungjawab sebagai abah. Saya nak call tanya khabar perkembangan mereka,” katanya.




