Saya tidak sekat gajet anak sepenuhnya, hujung minggu saya benarkan dia tengok Netflix – Ika Nabella

Saya tidak sekat gajet anak sepenuhnya, hujung minggu saya benarkan dia tengok Netflix – Ika Nabella

PETALING JAYA: Pelakon, Ika Nabela menegaskan dia sama sekali tidak percaya dengan tindakan menyekat terus penggunaan gajet dalam pendekatannya mendidik anak.

Ika atau Ika Nabila Abdul Rahim, 37, berkata, kelonggaran menggunakan peranti untuk anaknya hanya diberikan selepas semua rutin hariannya selesai.

“Dari ibu bapa kepada ibu bapa, apa satu pendapat awak mengenai prinsip keibubapaan yang awak tidak akan ubah fikiran? Bagi saya, saya tidak percaya dengan tindakan melarang anak guna gajet sepenuhnya.

“Anak lelaki saya lima hari seminggu langsung tidak ada tengok gajet. Hari biasa dia, dia sibuk dengan sekolah, kerja sekolah, Kumon, dan hafaz al-Quran,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Ika berkata, pendekatan itu membuatkan anaknya lebih berdisiplin kerana anaknya tahu waktu yang sesuai untuk belajar dan bermain.

Malah, Ika berpendapat bahawa dia tidak kisah memberikan peranti sekiranya mereka sekeluarga keluar meluangkan masa bersama untuk beriadah.

“Jadi bila hujung minggu dan semua benda dah selesai, kalau dia nak main permainan video atau menonton Netflix sekejap, saya izinkan sahaja. Kadang-kadang dia ikut saya dan suami main pickleball, saya bagi dia iPad.

“Bagi saya, semuanya tentang keseimbangan. Awak pula?” katanya.

Untuk rekod, Ika Nabela mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Aznam pada tahun 2016 dan mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Noah Zayn.

Scroll to Top