“Sejak bila ada kacang, ikan bilis?”- Netizen pertikai nasi kandar Singapura

“Sejak bila ada kacang, ikan bilis?”- Netizen pertikai nasi kandar Singapura

Sebut sahaja nasi kandar, pasti ramai terbayang akan keenakan set nasi bersama kuah campur banjir, sayur dan lauk-pauk seperti ayam goreng,  sotong, telur rebus dan sebagainya.

Pun begitu, lain pula yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook mengenai nasi kandar versi dari negara jiran iaitu Singapura sehingga menerima kritikan ramai.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh James James dalam grup Malaysia-Singapore Border Crossers, dia dilihat berkongsi hidangan nasi kandar bajet berharga SGD2.80 (RM8.80) yang boleh didapati di Ah Miao’s Kitchen beserta kapsyen “The Best Malaysian Nasi Kandar”.

Akan tetapi, ia langsung tidak seperti nasi kandar kerana set tersebut mempunyai ikan bilis, telur rebus, sambal tumis, kari, acar sayur dan papadom.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mengkritik nasi kandar versi Singapura itu. Mana tidaknya, nasi kandar tidak pernah dihidangkan bersama ikan bilis dan kekacang.

Tak kurang juga, ada yang mengatakan nasi kandar versi negara jiran tersebut adalah nasi lemak yang tersakiti.

Selain itu, terdapat warganet meminta pengusaha tersebut datang ke Pulau Pinang bagi melihat, merasai dan belajar bagaimana rupa nasi kandar yang sebenarnya.

Sumber: Facebook James James via Malaysia-Singapore Border Crossers