Sekurang-kurangnya 8 individu terbabit larikan Pamela – Polis

Sekurang-kurangnya 8 individu terbabit larikan Pamela – Polis

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya lapan individu terbabit dalam kes melarikan Datin Seri Pamela Ling Yueh ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya di sini, 9 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati kesemua individu terbabit dikesan menaiki Toyota Camry, dua Nissan Teana, Nissan Almera dan Perodua Myvi.

“Hasil siasatan awal, kenderaan e-hailing yang dinaiki Pamela dihalang di bahagian tepi dan depan oleh tiga kenderaan iaitu Toyota Camry, Nissan Teana dan Nissan Almera.

“Manakala dua lagi kenderaan berada di bahagian belakang kenderaan dipercayai untuk menghalang lalu lintas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua kenderaan terbabit dilihat terus bergerak keluar dari Putrajaya menuju ke arah berasingan dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, hasil siasatan dijalankan mendapati nombor pendaftaran kesemua kenderaan digunakan suspek adalah diklon.

Katanya beliau, pihaknya berjaya mengesan pemilik kenderaan berdasarkan nombor pendaftaran yang dirakam dalam CCTV.

“Pemilik asal kenderaan dikenal pasti dan kami sudah merakamkan keterangan mereka. Mereka memaklumkan bahawa kenderaan mereka berada bersama mereka di Kelantan, Selangor dan Pahang semasa kejadian berlaku,” katanya.

Mengenai dakwaan penculikan itu dilakukan pegawai polis kerana menggunakan ves dan pakaian seragam pasukan berkenaan, katanya, semakan mendapati tiada sebarang operasi khas yang dijalankan polis di sekitar lokasi semasa kejadian itu berlaku.

“Memang biasa ves digunakan oleh polis dalam operasi namun dalam operasi tertentu, kita tidak akan menggunakan ves ini kerana nak menyembunyikan identiti. Kalau dah pakai awal, terganggulah operasi kita.

“Tapi dalam kes ini mereka pakai ves dan ia boleh dipakai oleh orang lain kerana boleh dibeli,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan lanjut berhubung perkara itu.

Kehilangan Pamela Ling mungkin penculikan dirancang sendiri – polis

Waran tangkap pernah dikeluarkan terhadap Pamela – SPRM

Berhenti kecam SPRM, beri ruang polis untuk siasat

Pamela fail semakan cabar tindakan, layanan SPRM

Kenderaan penculik Pamela guna nombor pendaftaran palsu – Polis

Pamela dipaksa keluar kereta, saya diarah ‘complete job’ – Pemandu e-hailing

PDRM siasat dakwaan Datin Seri Pamela dilarikan pihak menyamar polis – KPN

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top