Selamat pengantin baru Eddie, isteri

Selamat pengantin baru Eddie, isteri

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pemain bass kumpulan Wings, Eddie, 58, selamat bernikah dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Juliha, hari ini.

Perkara ini disahkan oleh pengurus JoBranko, Noh dan turut dikongsikan menerusi Facebook rasmi Rejim Barbarik.

“Kami mewakili Rejim Barbarik ingin memanjangkan ucapan tahniah kepada figura bass legenda eddiewings68 sempena majlis pernikahan beliau hari ini.

“Kami mendoakan agar ikatan perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan keberkatan dan kebahagiaan berpanjangan. Selamat pengantin baharu dari kami Rejim Barbarik,” tulis mereka.

Perkongsian itu turut memuatkan gambar Eddie atau nama sebenar Samsaidi Ulong Idris bersama isteri serta rakan baiknya, Black yang turut hadir pada majlis bersejarah berkenaan.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan di sebuah pejabat agama di Melaka.

Terdahulu, isteri Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof meninggal dunia pada usia 61 tahun kerana komplikasi buah pinggang di Hospital Ampang pada 7 Julai 2023.

Hasil perkongsian hidup dengan arwah Norlela, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nor Najmi Nadira, 33; Najmi Nabila @ Billa, 30, dan Muhammad Aidil Hidayat, 28, serta tiga cucu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top