“Selamat Pengantin Baru Nabila & Engku Emran, Jaga Jebat Elok-Elok”

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan buat bekas isterinya, Noor Nabila supaya menjaga anak mereka, Jebat Jayden dengan baik.

Sharnaaz berkata Nabila berhak untuk mencari kebahagiaannya sendiri memandangkan dia masih muda dan mengucapkan selamat pengantin baru buat Nabila dan Engku Emran.

BACA: Sharnaaz Ahmad Titip Doa Buat Nabila & Engku Emran

“Bagi saya, untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran adalah satu benda yang sangat baik. Saya sebagai bekas suaminya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat mereka. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Jaga Jebat elok-elok,” katanya.

Perkongsian Sharnaaz itu mendapat reaksi positif daripada netizen serta ramai mendoakan pelakon itu akan segera bertemu jodoh.

Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017,namun bercerai pada Julai tahun lalu.