Selesai Rekod Persetujuan Nafkah Idah & Anak, Fazura Fail Tuntutan Hadanah Terhadap Fattah Amin

Selesai Rekod Persetujuan Nafkah Idah & Anak, Fazura Fail Tuntutan Hadanah Terhadap Fattah Amin

Pelakon popular, Fazura dikhabarkan telahpun selesai merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak yang dipersetujui oleh pasangan itu sebelum ini.

Menurut peguam syarie yang mewakili pelantun lagu Sayangi Dirimu itu, Fakhrul Azman Abu Hassan, proses tersebut telah dilaksanakan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari  pada Isnin.

“Rekod persetujuan berkaitan idah dan nafkah anak seperti yang telah dipersetujui oleh Fazura dan Fattah Amin dalam proses perceraian seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 41, juga dikatakan telah memfailkan tuntutan hadanah anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya terhadap bekas suaminya.

Dan, perbicaraan mengenai tuntutan hak penjagaan anak itu akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada tarikh yang akan ditetapkan.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah Amin sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober lalu selepas aktres itu memfailkan perceraian pada 13 September 2024.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima, 4, yang kini berada di bawah jagaan aktres itu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Hak Jagaan Anak Diberi Kepada Fazura, Saya Dapat Hak Bertemu & Bermalam Dengan Fatima” – Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin, Fazura Sah Bercerai Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Kembali Kongsi Kata-Kata Di IG – “Jangan Terlalu Lama Berada Ditempat Yang Bukan Milikmu” 

ARTIKEL BERKAITAN:Pengurus Dedah Keadaan Terkini Fazura, Mengaku Fattah Amin Tak Pernah Kongsi Hal Peribadi – “Kalau Dia Tanya Mungkin Saya Akan Bantu”

 

Sumber: mStar

Scroll to Top