Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menyentuh hati ramai selepas berkongsi sebuah video bersama puteri tersayang, Nur Fatima Aisya.
Berdasarkan perkongsian itu, Fazura memuat naik momen Fatima bermain snow ketika sedang bercuti di luar negara.
Bagaimanapun, kapsyen yang ditulis oleh aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu meraih tumpuan yang berjanji akan berusaha untuk membuat anak hasil perkahwinannya bersama aktor, Fattah Amin itu terus bahagia.
@fazuraofficial Sejukkk sangat and ramai orang!Tak berani nak pergi kat tempat orang turun naik ski tu, so we brought the kids to their play area saja. The weather too was as cold as -11 🥶 but through laughters and some tears, we enjoyed some snow near the Ski Resort as one big happy family. Semoga Allah SWT sentiasa mudahkan urusan mommy untuk selalu membuat dan melihat mu bahagia.. Nur Fatima Aisya 💕✨ #masyaAllah#tabarakAllah 🤲🏻
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata semangat buat selebriti berusia 41 tahun itu agar terus cekal menghadapi ujian kehidupan.
Ramai juga dalam kalangan netizen yang memuji Fazura seorang ibu yang sangat bertanggungjawab, terutamanya dalam memastikan senyuman sentiasa terpancar di wajah Fatima.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun sah bercerai talak satu 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 5 tahun.




