Penghijrahan pelakon jelita, Nora Danish menerima perhatian dan pujian ramai yang mula mendekati dan mempelajari ilmu agama tatkala berdepan ujian rumah tangga bersama bekas suami, Boss Ned.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, aktres drama rantaian sitkom Puteri ini memuat naik sebuah foto memaparkan ibu tercintanya, Salimah Talib sedang mengaji.
Di ruangan kapsyen, Nora mendoakan agar Allah SWT melancarkan bacaan ibunya, selain menjadikan kitab suci Al-Quran sebagai peneman dalam hidupnya.
“Ya Allah sempurnakan lah bacaan ibuku. Jadikanlah Al Quran sahabatnya dunia akhirat,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, netizen dan rakan-rakan selebriti termasuklah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mendoakan perkara tersebut.
Sebelum ini, Nora mengakui penghijrahannya itu turut mengubah cara peminat-peminat mendekatinya ketika diminta untuk bergambar.
Berkongsi satu momen yang berlaku di sebuah acara di Singapura, Nora berkata ramai peminat yang menzahirkan kata-kata doa ketika bertemu dengannya, selain turut menjadikan dirinya sebagai sumber idola.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kisah Hijrah Beri Kesan Pada Peminat, Nora Danish Luah Rasa Sayu – “Baru Saya Sedar Pentingnya Selebriti Sampaikan Perkara Baik…”
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Insya-Allah, Siapa Tahu Mungkin Diana Danielle Boleh Berubah Lebih Baik Dari Kita” – Nora Danish
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadiri Kelas Agama Sedikit Sebanyak Dorong Penghijrahan Nora Danish – “Kadangkala Malu, Masih Tak Berubah Walau Kerap Dengar Ceramah”




