Serangan AS jejaskan 116 menara telekomunikasi Iran

Serangan AS jejaskan 116 menara telekomunikasi Iran

Istanbul: Serangan Amerika Syarikat (AS) menjejaskan operasi 116 menara telekomunikasi di wilayah Hormozgan, selatan Iran, sekali gus mengganggu perkhidmatan talian tetap, telefon mudah alih dan internet, kata seorang pegawai Iran pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Agensi Berita Tasnim.

Ketua Pengarah Komunikasi dan Teknologi Maklumat Hormozgan berkata serangan itu berlaku pada Jumaat malam dan merosakkan laluan penghantaran trafik dan lebar jalur.

Menurut beliau, kerosakan itu mengganggu perkhidmatan telekomunikasi di beberapa kawasan di utara Bandar Abbas dan Hajiabad.

“Ketika serangan itu berlaku, operasi 116 menara telekomunikasi tidak lagi beroperasi, manakala perkhidmatan talian tetap, telefon mudah alih dan internet kini terputus di beberapa kawasan di utara wilayah itu,” katanya.

Beliau berkata kerja-kerja membina semula dan memulihkan rangkaian komunikasi telah dimulakan, dengan peralatan serta pasukan operasi digerakkan dari Hormozgan dan wilayah berjiran.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top