“Serangan Boleh Berlaku Pada Bila-Bila Masa” – Zizi Kirana ‘Update’ Perkembangan Terkini, Dengar Bunyi Letupan | Trending – Oh! Media

“Serangan Boleh Berlaku Pada Bila-Bila Masa” – Zizi Kirana ‘Update’ Perkembangan Terkini, Dengar Bunyi Letupan | Trending – Oh! Media

Trending

Zizi Kirana dedah detik cemas kapal misi Gaza didatangi dron dan terdengar letupan.


Penyanyi, Zizi Kirana berkongsi pengalaman mendebarkan apabila kapal yang dinaikinya dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) didatangi kira-kira 15 dron sebelum berlaku letupan.

GSF sendiri dah umumkan kapal didatangi lebih kurang 15 dron dan ada berlaku letupan. Ia seakan sejenis gun powder. Saya sendiri dengar bunyi itu.

“Kami kini dalam keadaan bersiap-sedia” – Zizi Kirana

Ardell Zizi Kirana

Menurut laporan mStar, Zizi berkata keadaan di atas kapal kini penuh berhati-hati kerana mereka bimbang serangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Sedikit update dari kapal Huga, kami kini dalam keadaan bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan. Harap semoga semua baik-baik sahaja.

Zizi yang menaiki kapal Huga bersama aktivis wanita lain tetap bersemangat meneruskan misi membuka sekatan bantuan untuk rakyat Gaza.

Rayu doa dari rakyat Malaysia

Zizi Kirana

Penyanyi berusia 40 tahun itu memohon agar orang ramai terus berdoa dan sebarkan maklumat mengenai misi GSF

Saya minta semua jangan berhenti berdoa. Jangan henti sebarkan tentang misi GSF.

Pssttt! Keberanian bukan sekadar pada kata-kata, tetapi pada tindakan yang penuh risiko. Teruskan mendoakan mereka yang berjuang demi kemanusiaan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top