SFMM 35: Nabila terpaksa tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Penyanyi, Nabila Razali terpaksa menarik diri daripada persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 pada hari ahad ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, tempatnya akan digantikan dengan penyanyi lain yang masih dalam pencarian.

Menurut sebuat kenyataan, pengurusnya, Ash berkata keputusan itu dibuat atas nasihat doktor, guru vokal; Datuk Syafinaz Selamat dan komposer lagu Peluang Kedua; Hael Husaini serta MFMF.

“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar, namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik”, katanya.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara impiannya sebagai penyanyi”, katanya lagi.

“Nabila sudah menjalani latihan vokal bersama Syafinaz sebagai persiapan awal sejak September lalu. Namun, masalah kesihatan menjadi semakin teruk sejak minggu lalu”, tambahnya.

“Kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenai soal ini akan diberitahu kemudian. Pihak produksi juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini”, tambahnya lagi.

Akmal Hakim
Glamour Desk