SFMM35: Nabila Razali digantikan Hael

Shah Alam: Penyanyi dan komposer, Hael Husaini tampil mendendangkan lagu Peluang Kedua di pentas separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) malam ini.

Penampilan Hael itu lantas menjawab teka teki tentang siapa yang akan mempersembahkan lagu itu bagi menggantikan penyanyi asal iaitu Nabila Razali.

Sebelum ini, Nabila dilaporkan tidak boleh melakukan persembahan setelah dinasihatkan doktor untuk berehat kerana mengalami masalah peti suara.

Untuk pengetahuan, Peluang Kedua adalah lagu yang dipopularkan Nabila dan dicipta oleh Hael serta MFMF.

Lagu ini telah mencipta satu fenomena apabila video muziknya merekodkan lebih 25 juta tontonan semenjak dilancarkan pada 18 Ogos 2020.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Glamour Desk

Scroll to Top