Shila Amzah, Ubai bertunang

Shila Amzah, Ubai bertunang

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Shila Amzah, 33, dan personaliti TikTok, Ubai, 25, selamat bertunang hari ini selepas rapat sejak awal tahun ini.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram Ubai (@ubaimz) sebentar tadi.

Dalam hantaran tersebut, terdapat satu foto yang memaparkan pasangan itu mengenakan pakaian sedondon rona ungu sambil duduk di atas pelamin.

Dalam foto tersebut, kedua-duanya kelihatan tersipu-sipu malu dan Shila menutupnya wajah dengan sejambak bunga.

“Alhamdulillah (emoji cincin),” tulis kapsyen pada foto tersebut.

Untuk rekod, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth.

Shila mula dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. – MalaysiaGazette