Si isteri dah naik mahkamah, aktres ibu tunggal didakwa ‘menang’ rampas suami orang?

Si isteri dah naik mahkamah, aktres ibu tunggal didakwa ‘menang’ rampas suami orang?

Kebelakangan ini, isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga terus menjadi topik hangat diperkatakan dalam kalangan warganet sehingga seolah-olah tidak pernah reda.

Baru sahaja kontroversi mengenai anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania, namun dikhabarkan ada kes terbaharu membabitkan seorang aktres yang didakwa merampas hak milik orang.

Foto: iStock

Memetik laporan Gempak oleh Miss K, dikhabarkan selebriti berstatus janda itu telah ‘menyondol’ suami orang sehingga rumah tangga lelaki tersebut didakwa goyah.

Lebih mengejutkan, Miss K mendakwa perbuatan curang tersebut didakwa sudah lama berlaku sejak zaman pelakon janda itu masih bergelar isteri orang lagi.

Akibatnya, isteri kepada lelaki itu telah mengambil keputusan untuk naik ke mahkamah syariah kerana tidak sanggup diperlakukan sedemikian rupa.

Walau bagaimanapun, Miss K mendakwa pelakon itu bijak bermain dengan ‘Public Relation’ menunjukkan dirinya wanita teraniaya serta sering berkongsi gambar anak bagi mengaburi mata peminat.

Sumber: Gempak (Miss K)

Scroll to Top